Selamat datang ke laman blog saya.... Awal bicara pembuka kata... serangkap pantun tanda bermula..




Saturday, 28 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Mata Pelajaran          : Bahasa Melayu
Tahun                         : 4 Arif
Bil. Murid                   : 30  orang
Tema                                      : Sentiasa Berhemat Kita Selamat
Tajuk                          : Kemalangan Jalan Raya
Tarikh                         : 27 April 2012
Masa                           :10.35 pagi hingga 11.05 pagi (30 minit)
Objektif                      : Pada akhir pelajaran murid dapat :
1) Menyenaraikan lima kata kerja berdasarkan gambar bersiri yang ditayangkan..
2) Murid dapat menulis lima ayat yang gramatis berdasarkan gambar..
Fokus Utama : 
8.4       Membina dan membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
Aras 1 (ii)  Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.
Fokus Sampingan     : 
1.2       Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1(iii)  Memberikan respon yang sesuai terhadap soalan yang dikemukakan.

Kemahiran Bahasa   : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa                      : Kata Kerja : menunggang basikal, melanggar, memandu,       
                                                   terlantar, melawat.
Ilmu                                         : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. 
Nilai                                        : Berhati-hati, mematuhi peraturan.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :
Kemahiran Berfikir               :  Menghubungkaitkan, menciri, mengimbas kembali,       
                                                  menilai, penjanaan idea. 
Kecerdasan Pelbagai           : Interpersonal
Pembelajaran Kontekstual: Mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman sedia        
                                              ada.
Pengetahuan Sedia Ada      :  Murid sudah mengetahui tentang cara-cara menjaga
   keselamatan di jalan raya.
Bahan Bantu Belajar            : Komputer riba, sambungan Internet, LCD, video animasi dari  
              youtube.


LANGKAH / MASA


ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

SET INDUKSI
(3 min)














Tayangan video pendek tentang keselamatan di jalan raya.
  
Pepatah:
“Malang Tidak Berbau”.

1. Guru menayangkan  video klip          dari youtube tentang keselamatan di jalan raya.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengajaran dan nilai murni daripada video klip tersebut.


3. Guru mengaitkan isi video dengan tajuk pelajaran.

KB :
Menghubungkaitkan,
Menciri.

BCB : mendengar aktif

BBB : video klip animasi dari youtube


Ilmu:
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)


LANGKAH 1
(5 min)

Kata kerja berdasarakan gambar yang dipaparkan.

- Kata kerja:
  menunggang
  berbual-bual
  melanggar
  membantu
  terlantar
 

1.Guru menayangkan gambar bersiri daripada persembahan powerpoint kepada kelas.

2.Guru meminta murid menyenaraikan kata kerja daripada gambar bersiri yang ditayangkan.

3.Guru meminta murid membacakan kata kerja yang telah disenaraikan kepada kelas.

KB : Menjana idea

BCB : mencatat

BBB : Persembahan powerpoint :
‘Kemalangan Jalan Raya”

Nilai : berhati-hati

Ilmu : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

LANGKAH 2
(7  min)

Membina ayat majmuk daripada kata kerja yang telah disenaraikan:

• Kata kerja


1. Guru meminta murid membina ayat berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan secara lisan

2. Murid diminta membaca ayat-ayat yang telah dibina kepada kelas.


3.Murid yang lain diminta mendengar dengan teliti dan sama-sama membetulkan kesilapan sekiranya ada.



KB : Menjana idea

BCB : mencatat

BBB : Persembahan powerpoint :
‘Kemalangan Jalan

Raya”

KP : Intrapersonal.

 Nilai: kerjasama,  
berhati-hati

 Ilmu:
 Pendidikan Keselamaatan Jalan Raya (PKJR).


LANGKAH 3
(10 min)

















Membina ayat berdasarakan gambar secara bertulis.

Perbendaharaan kata:
• menunggang
•berlanggar
•meluru
• membantu
• melawat

1. Guru mengedarkan latihan lembaran kerja kepada kelas.

2. Guru menayangkan persembahan powerpoint tentang panduan membina ayat bahagian A.

3. Murid diminta membina ayat secara bertulis berdasarkan gambar pada lembaran kerja yang diedarkan.

4. Murid menulis lima ayat yang gramatis berdasarkan gambar.

KB : Mengimbas
kembali,
menghubungkait,
penjanaan idea

BCB : mencatat

BBB : 
Gambar kemalangan jalan raya (lampiran 1)

KP : Interpersonal.

 Nilai: berhati-hati

 Ilmu:
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

PENUTUP
  (5 min)

Penutup kognitif
• Membuat rumusan isi pelajaran.

Penutup sosial
• Memberi nasihat dan nilai-nilai murni.

1.  Guru menayangkan video pendek dari youtube tentang akibat jika tidak mematuhi peraturan jalan raya..

2. Guru membuat kesimpulan tentang pembelajaran.

3.  Guru memberi nasihat dan peringatan kepada murid-murid supaya sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau dan kemalangan tidak mengenal usia.


Nilai:
  • berhati-hati
  • mematuhi 
           peraturan  
           jalan raya

BBB::
Video klip animasi

Ilmu:
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

1 comment: